Tuesday, July 13, 2010

Sebuah tayangan filem yang saya pernah tontoni


Saya suka menonton tayangan filem cerita seram. Tayangan filem yang saya pernah tontoni dan juga kegemaran saya ialah, 'Twilight','New Moon' dan 'Eclipse'. Para pemain utama ialah Kristen Steward, Robert Pattinson dan Taylor Lautner. Cerita ini tentang seorang gadis biasa bernama Bella (Kristen Steward) yang jatuh cinta kepada seorang 'vampire' yang bernama Edward (Robert Pattinson) yang baik dan hanya memakan binatang, bukan manusia seperti lazimnya. Mereka disebut sebagai 'vampire vegetarian'.

Sementara Bella dan Edward saling mencintai, ada banyak rintangan yang mereka harus atasi seperti kasih sayang Jacob, (Taylor Lautner) terhadap Bella dan balas dendam Victoria, 'vampire' jahat yang cuba untuk membuat Edward menderita dengan membunuh Bella setelah James, pasangan hidup Victoria, dibunuh oleh Edward. Jacob boleh berubah menjadi serigala bila-bila sahaja dia mahu atau ketika dia berasa marah.

Adegan-adegan di dalam filem ini yang membuat saya begitu ghairah adalah lakonan yang mantap oleh pelakon-pelakon dan juga detik-detik misteri yang dipaparkan membuat kita berasa dalam ketegangan dan cemas. Namun sebenarnya selain dari itu tayangan filem ini telah menarik minat saya untuk membaca lebih lanjut tentang 'vampire' dan serigala. Saya tidak sabar untuk menonton tayangan filem yang seterusnya. Sememangnya 'vampire' atau hantu ini sangat menarik ceritanya untuk saya terus ikuti perkembangan mereka.


No comments:

Post a Comment