Tuesday, July 27, 2010

Pertandingan Bulan Bahasa

Setiap bulan, kelas kami akan dibawa ke makmal komputer oleh guru kami, Cikgu Jumilah. Di situ, kami akan mengambil bahagian dalam pertandingan bulanan Kuiz Ria di lelaman 'NADI' di nadi.edumall.sg .

Tetapi, kami harus mendengar cerita yang berkaitan dengan kuiz itu sebelum menjawab soalan-soalan berikutnya. Kami juga harus memilih ejaan yang betul bagi perkataan yang diberikan. Ada juga soalan peribahasa. Kami juga perlu mengisi nama kami, kelas, nombor indeks, nama sekolah dan alamat e-mel peribadi sebelum menghantar penyertaan kami.

Selepas beberapa minggu atau bulan, cikgu akan memberitahu kami tentang keputusan Kuiz Ria itu. Sesiapa yang telah berjaya memenangi pertandingan akan menerima hadiah berupa pena penyerlah dan sebagainya. Saya gembira kerana saya selalu berjaya. Saya harap 'NADI' akan terus mengadakan kuiz seperti ini.

No comments:

Post a Comment