Tuesday, July 6, 2010

Sang Kancil dengan Anai-anai




Semasa Sang Kancil berjalan-jalan di hutan, Sang Kancil terjumpa Badak dan menegurnya tetapi Badak yang sombong itu tidak melayannya. Tiba-tiba Sang Kancil terdengar tangisan yang merayu-rayu. Rupa-rupanya, tangisan itu datang daripada anai-anai yang menangis. Raja anai-anai memberitahu Sang Kancil yang Badak sering melanggar rumah mereka. Sang Kancil barasa sangat kasihan terhadap anai-anai itu.


Apabila Sang Kancil berjalan-jalan , dia ternampak lobang yang besar. Sang Kancil pun berfikir kalau lobang itu dikorek dalam, benda yang besar boleh masuk. Sang Kancil pun memberitahu Raja anai-anai tentang ideanya. Selepas Sang Kancil menutupi lobang-lobang itu dengan daun-daun besar, mereka sembunyi. Datang Badak lalu terjatuh ke dalam lobang itu. Badak pun meminta tolong.


Kasihan Badak terpaksa bermalam dalam lobang itu . Keesokan hari, Sang Kancil datang dan berkata bahawa dia akan menolong Badak jikalau dia berjanji tidak akan merobohkan rumah anai-anai dan juga tidak akan beradab sombong dengan binatang-binatang lain lagi. Badak pun berjanji. Semenjak peristiwa yang tidak boleh dilupakan, Badak menjadi sangat peramah dan baik hati.




1 comment: