Wednesday, July 28, 2010

YOG


YOG atau Sukan Olimpik Belia adalah sukan yang diusahakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk belia bagi meningkatkan inspirasi mereka agar turut terlibat dalam sukan, budaya dan pendidikan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni Olimpik seperti kecemerlangan, persahabatan dan menghormati antara satu sama lain.

Jika saya mempunyai peluang untuk menyertai dalam pertandingan ini, saya mahu terlibat dalam sukan hoki. Saya
ingin mengambil bahagian dalam sukan hoki kerana sukan ini melibatkan semangat berkerjasama sepasukan dan tolong-menolong. Ibarat peribahasa Melayu, bagai aur dengan tebing.

Saya berharap bahawa atlit-atlit Singapura akan dapat membuat kita bangga dengan melakukan yang terbaik dan saya juga berasa bangga terhadap Singapura kerana menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik Belia untuk tahun ini.

Tuesday, July 27, 2010

Tentang Saya


Saya dilahirkan pada 7 April 1999 dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 ahli keluarga. Semasa saya bayi, saya comel dan kecil. Pada tahun 2002, keluarga saya menyambut ketibaan ahli baru dalam Gambar sekeluarga Hari Raya pada tahun 2008 keluarga saya yang sekarang berada di
Darjah 2. Namanya Siti Sarah.

Keluarga saya mengatasi banyak rintangan. Kami dahulu miskin dan orang tua saya berjuang bekerja untuk memberi kami makanan dan pakaian. Ayah saya bekerja lembur demi keluarga kami setiap hari.

Pertengkaran antara kakak-kakak saya yang membesar meningkat dewasa dalam mengharungi zaman remaja adalah perkara biasa buat saya. Saya juga hiba mengenangkan pemergian datuk tercinta yang telah tinggal bersama-sama kami, meninggal dunia pada tahun 2007. Selepas itu dan ayah pula melalui masalah kesihatan. Ini merupakan hal yang paling sukar yang pernah keluarga saya lalui.

Membesar merupakan sesuatu yang mudah tetapi hidup tidak akan pernah berasa mudah. Kita harus mengatasi rintangan seperti hubungan antara adik-beradik dan ayah ibu. Kita akan gagal dalam beberapa hal dalam hidup tetapi kita tidak harus menyerah kalah.

Kita dapat mengatasi semua itu dengan bantuan masyarakat sekeliling yang boleh membantu kita dengan masalah kita. Jadi, hidup tidak begitu susah jika tahu apa yang benar dan salah dan selalu mempunyai iman dan harapan dalam diri sendiri.

Haiwan Kegemaran Saya


Haiwan kegemaran saya adalah kucing Parsi. Kucing itu mempunyai bulu yang sangat lembut. Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka.

Walaupun, saya tidak memelihara haiwan, saya berharap suatu hari nanti saya berpeluang memelihara kucing kegemaran saya iaitu kucing 'Parsi'.

Hari Kebangsaan 2010


Pada tanggal 25 Julai, seluruh darjah lima sekolah saya pergi ke Padang untuk menonton previu Hari Kebangsaan Singapura. Tarikh Hari Kebangsaan sebenarnya ialah 9 Ogos.

Apabila saya tiba di situ, saya terkejut kerana tempat itu penuh dengan orang yang memakai baju berwarna merah. Semua orang diberikan sebuah beg yang penuh dengan benda-benda seperti, bendera Singapura, minuman dan makanan seperti biskut. Sekolah saya duduk di sektor biru. Ada 4 sektor iaitu biru, kuning, merah dan hijau.

Artis-artis Singapura yang terkenal seperti Taufik Batisah, Sarah Aqilah dan Sezairi Sezali juga ditampilkan.

Saya belajar banyak perkara dari acara itu. Ia mendorong saya untuk membaca lebih lanjut tentang sejarah Singapura. Saya benar-benar menikmakti acara itu

Pertandingan Bulan Bahasa

Setiap bulan, kelas kami akan dibawa ke makmal komputer oleh guru kami, Cikgu Jumilah. Di situ, kami akan mengambil bahagian dalam pertandingan bulanan Kuiz Ria di lelaman 'NADI' di nadi.edumall.sg .

Tetapi, kami harus mendengar cerita yang berkaitan dengan kuiz itu sebelum menjawab soalan-soalan berikutnya. Kami juga harus memilih ejaan yang betul bagi perkataan yang diberikan. Ada juga soalan peribahasa. Kami juga perlu mengisi nama kami, kelas, nombor indeks, nama sekolah dan alamat e-mel peribadi sebelum menghantar penyertaan kami.

Selepas beberapa minggu atau bulan, cikgu akan memberitahu kami tentang keputusan Kuiz Ria itu. Sesiapa yang telah berjaya memenangi pertandingan akan menerima hadiah berupa pena penyerlah dan sebagainya. Saya gembira kerana saya selalu berjaya. Saya harap 'NADI' akan terus mengadakan kuiz seperti ini.

Thursday, July 22, 2010

CCA saya


Kokurikulum saya ialah Koir. Koir adalah sekumpulan orang bernyanyi bersama-bersama. Untuk koir saya, ada 3 bahagian utama dalam paduan suara. Mereka 'Soprano 1', 'Soprano 2', dan 'Alto'. 'Soprano 1' adalah bagi mereka yang memiliki suara bernada tinggi, 'Soprano 2' adalah bagi mereka yang mempunyai suara yang bernada antara rendah dan tinggi sementara 'Alto' adalah bagi mereka yang memiliki suara bernada rendah.

Bagi saya pula, saya termasuk di kumpulan 'Altos'. Pembimbing saya selalu mengatakan bahawa sebuah koir adalah seperti hamburger, setiap bahagian penting. 'Soprano 1' adalah seperti roti burger bahagian atas. Tanpanya tangan kita akan menjadi lekit. 'Soprano 2' pula umpama kepingan daging kisar yang telah dibubuhi rempah atau burger, tanpanya tidak akan ada rasa. Untuk 'Altos' pula, ianya merupakan roti bahagian bawah burger, kami menyokong bahagian tengah. Tanpa kami, isi akan jatuh.

Begitulah pentingnya sikap bekerjasama yang selalu mesti diterapkan diminda kami setiap kali kami berlatih dan membuat persembahan.

Tuesday, July 13, 2010

Sebuah tayangan filem yang saya pernah tontoni


Saya suka menonton tayangan filem cerita seram. Tayangan filem yang saya pernah tontoni dan juga kegemaran saya ialah, 'Twilight','New Moon' dan 'Eclipse'. Para pemain utama ialah Kristen Steward, Robert Pattinson dan Taylor Lautner. Cerita ini tentang seorang gadis biasa bernama Bella (Kristen Steward) yang jatuh cinta kepada seorang 'vampire' yang bernama Edward (Robert Pattinson) yang baik dan hanya memakan binatang, bukan manusia seperti lazimnya. Mereka disebut sebagai 'vampire vegetarian'.

Sementara Bella dan Edward saling mencintai, ada banyak rintangan yang mereka harus atasi seperti kasih sayang Jacob, (Taylor Lautner) terhadap Bella dan balas dendam Victoria, 'vampire' jahat yang cuba untuk membuat Edward menderita dengan membunuh Bella setelah James, pasangan hidup Victoria, dibunuh oleh Edward. Jacob boleh berubah menjadi serigala bila-bila sahaja dia mahu atau ketika dia berasa marah.

Adegan-adegan di dalam filem ini yang membuat saya begitu ghairah adalah lakonan yang mantap oleh pelakon-pelakon dan juga detik-detik misteri yang dipaparkan membuat kita berasa dalam ketegangan dan cemas. Namun sebenarnya selain dari itu tayangan filem ini telah menarik minat saya untuk membaca lebih lanjut tentang 'vampire' dan serigala. Saya tidak sabar untuk menonton tayangan filem yang seterusnya. Sememangnya 'vampire' atau hantu ini sangat menarik ceritanya untuk saya terus ikuti perkembangan mereka.


Friday, July 9, 2010

Seminar Motivasi

Pada 10 Mac lalu, saya telah menghadiri seminar motivasi yang bertajuk, 7 Kunci Kejayaan untuk menjadi Pelajar Cemerlang. Seminar ini telah diadakan di sekolah saya iaitu Sekolah Rendah Zhenghua dan ibu bapa telah diundang sama untuk menghadirinya. Seminar Motivasa ini khas untuk ibu-bapa dan anak-anak untuk saling memahami. Seminar ini mengajar kami bagaimana cara berdisiplin dan dipercayai. Hal ini juga mengajar ibu bapa kami bagaimana berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan tidak mengikut emosi dan melepasakan marah kepada anak-anak mereka ketika mereka berasa stres. Seminar ini juga mengajar ibu bapa kami untuk menjadi sabar dengan kami dan teknik-teknik untuk kawal anak-anak mereka apabila kami menjadi keras kepala dan tidak mahu mendengar apa yang mereka cakap. Seminar ini juga mengajar kami bagaimana membahagikan masa untuk pelajaran kami, teman-teman, bermain dan yang paling penting, masa bersama keluarga kami. Dalam Seminar Motivasi ini, saya telah banyak belajar cara untuk membahagikan masa saya dan juga belajar cara-cara berkomunikasi dengan ibu bapa saya dengan cara yang lebih sesuai. Saya berasa amat seronok mengikuti Seminar Motivasa ini.

Tuesday, July 6, 2010

Sang Kancil dengan Anai-anai




Semasa Sang Kancil berjalan-jalan di hutan, Sang Kancil terjumpa Badak dan menegurnya tetapi Badak yang sombong itu tidak melayannya. Tiba-tiba Sang Kancil terdengar tangisan yang merayu-rayu. Rupa-rupanya, tangisan itu datang daripada anai-anai yang menangis. Raja anai-anai memberitahu Sang Kancil yang Badak sering melanggar rumah mereka. Sang Kancil barasa sangat kasihan terhadap anai-anai itu.


Apabila Sang Kancil berjalan-jalan , dia ternampak lobang yang besar. Sang Kancil pun berfikir kalau lobang itu dikorek dalam, benda yang besar boleh masuk. Sang Kancil pun memberitahu Raja anai-anai tentang ideanya. Selepas Sang Kancil menutupi lobang-lobang itu dengan daun-daun besar, mereka sembunyi. Datang Badak lalu terjatuh ke dalam lobang itu. Badak pun meminta tolong.


Kasihan Badak terpaksa bermalam dalam lobang itu . Keesokan hari, Sang Kancil datang dan berkata bahawa dia akan menolong Badak jikalau dia berjanji tidak akan merobohkan rumah anai-anai dan juga tidak akan beradab sombong dengan binatang-binatang lain lagi. Badak pun berjanji. Semenjak peristiwa yang tidak boleh dilupakan, Badak menjadi sangat peramah dan baik hati.




Tuesday, June 29, 2010

Perpisahan Aku dan Teman Baik Ku


Pada tahun 2008 dan 2009, Qistina dan aku berteman rapat oleh kerana di dalam 4L ada 3 orang Melayu sahaja. Kami tidak pernah bergaduh dan berpisah. Kenangan-kenangan kami sungguh indah dan sukar untuk dilupakan. Tetapi pada tahun 2009, sebelum cuti sekolah bulan Disember, kita berpisah. Beginilah ceritanya, kami telah diberitahu tentang kelas baru kami untuk tahun hadapan. Pada saat yang guru ku memberitahu berita yang kurang menyenangkan aku. Di antara kawan-kawan karib ku, hanya aku sahaja yang akan ditukarkan ke kelas 5N. Aku terus memandang Qistina dengan berasa tersinggung... Qistina telah mendapat dudukan kelas yang terbaik kedua dalam Darjah 5 sambil aku mendapat dudukan kelas yang terbaik kelima. Semasa kelas kami menurun tangga untuk pulang ke rumah, aku berasa seperti hendak menangis kerana mereka semua mendapat keputusan yang bagus. Tetapi itulah takdir ku dan aku tahu aku harus menerimanya... Sampi sekarang teman baik ku masih Qistina dan aku juga menjumpa teman yang baik dan pandai iaitu Dian dan Sarah.