Wednesday, July 28, 2010

YOG


YOG atau Sukan Olimpik Belia adalah sukan yang diusahakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk belia bagi meningkatkan inspirasi mereka agar turut terlibat dalam sukan, budaya dan pendidikan dalam usaha memupuk nilai-nilai murni Olimpik seperti kecemerlangan, persahabatan dan menghormati antara satu sama lain.

Jika saya mempunyai peluang untuk menyertai dalam pertandingan ini, saya mahu terlibat dalam sukan hoki. Saya
ingin mengambil bahagian dalam sukan hoki kerana sukan ini melibatkan semangat berkerjasama sepasukan dan tolong-menolong. Ibarat peribahasa Melayu, bagai aur dengan tebing.

Saya berharap bahawa atlit-atlit Singapura akan dapat membuat kita bangga dengan melakukan yang terbaik dan saya juga berasa bangga terhadap Singapura kerana menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik Belia untuk tahun ini.

Tuesday, July 27, 2010

Tentang Saya


Saya dilahirkan pada 7 April 1999 dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 ahli keluarga. Semasa saya bayi, saya comel dan kecil. Pada tahun 2002, keluarga saya menyambut ketibaan ahli baru dalam Gambar sekeluarga Hari Raya pada tahun 2008 keluarga saya yang sekarang berada di
Darjah 2. Namanya Siti Sarah.

Keluarga saya mengatasi banyak rintangan. Kami dahulu miskin dan orang tua saya berjuang bekerja untuk memberi kami makanan dan pakaian. Ayah saya bekerja lembur demi keluarga kami setiap hari.

Pertengkaran antara kakak-kakak saya yang membesar meningkat dewasa dalam mengharungi zaman remaja adalah perkara biasa buat saya. Saya juga hiba mengenangkan pemergian datuk tercinta yang telah tinggal bersama-sama kami, meninggal dunia pada tahun 2007. Selepas itu dan ayah pula melalui masalah kesihatan. Ini merupakan hal yang paling sukar yang pernah keluarga saya lalui.

Membesar merupakan sesuatu yang mudah tetapi hidup tidak akan pernah berasa mudah. Kita harus mengatasi rintangan seperti hubungan antara adik-beradik dan ayah ibu. Kita akan gagal dalam beberapa hal dalam hidup tetapi kita tidak harus menyerah kalah.

Kita dapat mengatasi semua itu dengan bantuan masyarakat sekeliling yang boleh membantu kita dengan masalah kita. Jadi, hidup tidak begitu susah jika tahu apa yang benar dan salah dan selalu mempunyai iman dan harapan dalam diri sendiri.

Haiwan Kegemaran Saya


Haiwan kegemaran saya adalah kucing Parsi. Kucing itu mempunyai bulu yang sangat lembut. Kucing ini dipanggil Parsi kerana asal-usul negara mereka.

Walaupun, saya tidak memelihara haiwan, saya berharap suatu hari nanti saya berpeluang memelihara kucing kegemaran saya iaitu kucing 'Parsi'.

Hari Kebangsaan 2010


Pada tanggal 25 Julai, seluruh darjah lima sekolah saya pergi ke Padang untuk menonton previu Hari Kebangsaan Singapura. Tarikh Hari Kebangsaan sebenarnya ialah 9 Ogos.

Apabila saya tiba di situ, saya terkejut kerana tempat itu penuh dengan orang yang memakai baju berwarna merah. Semua orang diberikan sebuah beg yang penuh dengan benda-benda seperti, bendera Singapura, minuman dan makanan seperti biskut. Sekolah saya duduk di sektor biru. Ada 4 sektor iaitu biru, kuning, merah dan hijau.

Artis-artis Singapura yang terkenal seperti Taufik Batisah, Sarah Aqilah dan Sezairi Sezali juga ditampilkan.

Saya belajar banyak perkara dari acara itu. Ia mendorong saya untuk membaca lebih lanjut tentang sejarah Singapura. Saya benar-benar menikmakti acara itu

Pertandingan Bulan Bahasa

Setiap bulan, kelas kami akan dibawa ke makmal komputer oleh guru kami, Cikgu Jumilah. Di situ, kami akan mengambil bahagian dalam pertandingan bulanan Kuiz Ria di lelaman 'NADI' di nadi.edumall.sg .

Tetapi, kami harus mendengar cerita yang berkaitan dengan kuiz itu sebelum menjawab soalan-soalan berikutnya. Kami juga harus memilih ejaan yang betul bagi perkataan yang diberikan. Ada juga soalan peribahasa. Kami juga perlu mengisi nama kami, kelas, nombor indeks, nama sekolah dan alamat e-mel peribadi sebelum menghantar penyertaan kami.

Selepas beberapa minggu atau bulan, cikgu akan memberitahu kami tentang keputusan Kuiz Ria itu. Sesiapa yang telah berjaya memenangi pertandingan akan menerima hadiah berupa pena penyerlah dan sebagainya. Saya gembira kerana saya selalu berjaya. Saya harap 'NADI' akan terus mengadakan kuiz seperti ini.

Thursday, July 22, 2010

CCA saya


Kokurikulum saya ialah Koir. Koir adalah sekumpulan orang bernyanyi bersama-bersama. Untuk koir saya, ada 3 bahagian utama dalam paduan suara. Mereka 'Soprano 1', 'Soprano 2', dan 'Alto'. 'Soprano 1' adalah bagi mereka yang memiliki suara bernada tinggi, 'Soprano 2' adalah bagi mereka yang mempunyai suara yang bernada antara rendah dan tinggi sementara 'Alto' adalah bagi mereka yang memiliki suara bernada rendah.

Bagi saya pula, saya termasuk di kumpulan 'Altos'. Pembimbing saya selalu mengatakan bahawa sebuah koir adalah seperti hamburger, setiap bahagian penting. 'Soprano 1' adalah seperti roti burger bahagian atas. Tanpanya tangan kita akan menjadi lekit. 'Soprano 2' pula umpama kepingan daging kisar yang telah dibubuhi rempah atau burger, tanpanya tidak akan ada rasa. Untuk 'Altos' pula, ianya merupakan roti bahagian bawah burger, kami menyokong bahagian tengah. Tanpa kami, isi akan jatuh.

Begitulah pentingnya sikap bekerjasama yang selalu mesti diterapkan diminda kami setiap kali kami berlatih dan membuat persembahan.

Tuesday, July 13, 2010

Sebuah tayangan filem yang saya pernah tontoni


Saya suka menonton tayangan filem cerita seram. Tayangan filem yang saya pernah tontoni dan juga kegemaran saya ialah, 'Twilight','New Moon' dan 'Eclipse'. Para pemain utama ialah Kristen Steward, Robert Pattinson dan Taylor Lautner. Cerita ini tentang seorang gadis biasa bernama Bella (Kristen Steward) yang jatuh cinta kepada seorang 'vampire' yang bernama Edward (Robert Pattinson) yang baik dan hanya memakan binatang, bukan manusia seperti lazimnya. Mereka disebut sebagai 'vampire vegetarian'.

Sementara Bella dan Edward saling mencintai, ada banyak rintangan yang mereka harus atasi seperti kasih sayang Jacob, (Taylor Lautner) terhadap Bella dan balas dendam Victoria, 'vampire' jahat yang cuba untuk membuat Edward menderita dengan membunuh Bella setelah James, pasangan hidup Victoria, dibunuh oleh Edward. Jacob boleh berubah menjadi serigala bila-bila sahaja dia mahu atau ketika dia berasa marah.

Adegan-adegan di dalam filem ini yang membuat saya begitu ghairah adalah lakonan yang mantap oleh pelakon-pelakon dan juga detik-detik misteri yang dipaparkan membuat kita berasa dalam ketegangan dan cemas. Namun sebenarnya selain dari itu tayangan filem ini telah menarik minat saya untuk membaca lebih lanjut tentang 'vampire' dan serigala. Saya tidak sabar untuk menonton tayangan filem yang seterusnya. Sememangnya 'vampire' atau hantu ini sangat menarik ceritanya untuk saya terus ikuti perkembangan mereka.